Sunday, January 2, 2011

algebra - aku rela


telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
kerana cinta
aku berkorban
telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
kerana cinta
aku terpaksa
kerana cinta jua aku berbicara
dengan nada insan terluka
meluah rasa
meluah fakta
mencedera jiwa
semuanya kerana cinta
biarku tanggung rasa derita
asalkan agama
selamat akhirnya
yang membantah
hanya berfalsafah
kerana bimbang suapan harian
dengan menjual nama tuhan
lalu kebenaran disingkirkan
demi hidangan belian pendustaan
namun aku yang sengsara zahirnya
redha telah pun penuhi jiwa
dalam keletihan ini
aku bahagia
kerana
pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga

No comments:

anda mungkin sukakan ini

Related Posts with Thumbnails